Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 27 July 2016

Farkhan jalani latihan di Las Vegas

JOHOR BAHRU: Pemegang tali pinggang cruiserweight Majlis Tinju Asia (WBC), Muhamad Farkhan Haron akan menjalani latihan intensif selama dua tahun di Las Vegas, Amerika Syarikat dalam tempoh terdekat. 

Petinju profesional negara itu berkata, pihaknya kini dalam proses mengemukakan rayuan permohonan visa kepada kedutaan Amerika Syarikat selepas permohonannya sebelum ini ditolak kerana kesilapan memilih kelas visa. 

Katanya, kos sehingga RM2 juta setahun untuk menjalani berlatih di Mayweather Boxing Club milik peninju terkemuka dunia, Floyd Mayweather, ditanggung sepenuhnya Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

"Saya tidak pasti bila perkara ini (urusan visa) dapat diselesaikan ditambah pula keadaan politik di Amerika Syarikat, saya harap dapat ke sana untuk menjalani latihan secepat mungkin". 

"Latihan di Mayweather Boxing Club membolehkan saya lebih fokus selain dengan jadual serta pemilihan makanan yang sihat sebagai persiapan jangka panjang saya dalam arena tinju profesional," katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media khas yang diadakan di sini, hari ini. Farkhan memahat nama selaku petinju pertama Malaysia merangkul tali pinggang WBC kategori cruiserweight, Sabtu lalu. 

Sejarah itu dilakar pemenang pingat emas Sukan SEA 2009 berkenaan di Far East Square, Singapura apabila mudah menumbangkan petinju Indonesia, Elly Pangaribuan secara 'technical knockout' (TKO).

-Johor Southern Tigers-


No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my