Ramai lelaki seronok bila bercakap
tentang topik poligami. Seronok bila punyai isteri lebih dari seorang.
Seronok memikirkan nikmat batin yang boleh dirasai. Wahai lelaki,
bacalah kisah ini moga menjadi panduan dan pedoman di hari muka.
Aku seorang anak lelaki, dan hari ini akan aku kisahkan hakikat sebenar
poligami kepada anda semua terutamanya lelaki. Perihal poligami bukan
hanya sekadar berkhawin lebih dari seorang, tetapi ia jauh lebih berat
dari itu.
Kisah ini adalah berkenaan ayah aku. Pada tahun 1998,
ayah aku kantoi dengan mak aku bahawa dia mempunyai perempuan simpanan.
Pada masa tersebut dia sudah pun ada seorang anak dengan perempuan
tersebut. Mak aku pada waktu itu sibuk menjaga kami adik-beradik yang
masih kecil, dan mungkin kerana mak aku sibuk menjaga anak-anak, lalu
ayah aku ambil kesempatan untuk menikah lain.
Walaupun masa itu aku
berusia 7 tahun, aku masih ingat saat mak aku bawak semua adik-adik
beradik aku, ada yang berdukung, ada yang dalam stroller pergi rumah
perempuan itu. Lebih mengejutkan, rumah perempuan itu hanya jalan kaki
saja jaraknya! Dekat! Mungkin dlm 200-300 meter away. Semestinya mak aku
terkejut dan kecewa dengan tindakan ayah aku untuk bernikah lain walhal
rumahtangga dijaga elok, hari-hari masak, kemas rumah dan jaga
anak-anak. Apa lagi yang ayah aku mahu?!
Setibanya di rumah
perempuan itu, ayah aku ada dalam rumah perempuan itu maka mulalah mak
aku mengamuk sehinggalah ayah aku melafazkan cerai terhadap perempuan
tersebut secara lisan dan bertulis. Mak percaya bahawa ayah tidak lagi
berhubung dengan perempuan tersebut dan cerita ini berakhir disini.
Sejak dari peristiwa tersebut, perniagaan ayah tidak menjadi dan
bankrup. Tiada wang yang mencukupi kami terpaksa pindah ke rumah nenek (mak kepada ayah) buat sementara waktu. Mak berniaga kuih dan nasi
lemak setiap pagi ayah pula mula bekerja sebagai pemandu teksi untuk
mencari duit belanja demi anak-anak.
Hari-hari si ayah keluar
mencari rezeki namun bila pulang malam hanya sedikit saja duit belanja
yang ada untuk mak. Mak bersabar kerana begitulah suami isteri, susah
senang bersama, perlu bertoleransi. Lagipun duit pendapatan jual kuih
dan nasi lemak juga ada sedikit untuk meringankan beban keluarga. Tahun
berganti tahun, ada sahaja yang tidak kena. Teksi ayah kerap rosak dan
sewa teksi semakin tertunggak. Selalu juga mak keluarkan duit
simpanannya untuk bantu ayah bayar sewa tertunggak, kos baiki atau kos
deposit keluarkan teksi baru. Mungkin Allah nak duga, mak bersabar lagi.
15 tahun kemudian (2013).
Rezeki si ayah nampaknya semakin sempit, teksi yang dibawa semakin
kerap rosak walaupun sudah bertukar-tukar kenderaan. Wang tidak juga
pernah cukup diberikan sehingga terpaksa meminjam pak long, pak ngah dan
adik beradiknya yang lain. Kadangkala ayah kata terima job outstation,
mungkin hantar orang ke Penang, Kedah atau mana-mana tempat lain. Jadi
dia tidak pulang dan bermalam di sana. Jika tak cukup duit, dia akan
minta mak keluarkan simpanan mak untuk dipinjam. Si emak pun berilah
duit untuk kos minyak dan hotel untuk dia bermalam di sana. Sehinggalah,
satu hari emak mendapat berita dari makcik-makcik (gossip girls) yang
mereka pernah lihat si ayah bersama dengan perempuan lain (perempuan yg
diceraikan 15 tahun lepas ).
Retak seribu hati si emak. Sepanjang 15
tahun sudah berlalu rupanya si ayah ini masih ligat menipu dan berdusta.
Maka tidak hairan rezekinya sempit dek berdusta tak sudah. Dan
bertambah kecewanya hati si emak, perempuan itu tinggal di daerah yang
sama dan mendapat tahu sudah punyai 2-3 orang anak pula. Bila dia rujuk
semula? Tidak cukupkah mak dah beri dia peluang untuk tidak menipu lagi?
Pada waktu itu, aku pelajar tahun akhir IIUM. Serabut juga kepala otak
memikirkan emak yang sedih kerana ditipu suami selama lebih dari 15
tahun. Emak yang tidak pernah kisah bersusah bersama, menjalankan
tanggungjawab dengan sempurna, masak hari-hari, mengasuh anak-anak,
menyiapkan pakaiannya hari-hari. Mak tak pernah makan malam sebelum ayah
pulang. Begitu setianya emak, begitu butanya ayah. Selepas mendapat
tahu, maka hari-hari mak ayah bergaduh. Ayah juga pernah pukul emak
sehingga lebam-lebam. Abang-abang aku kerja, jadi akulah yang lebih
fleksibel untuk pulang ke rumah menenangkan dan melindungi emak. Pointer
drop sikit demi sedikit nasib baik tahun akhir, dapat juga grad 2nd
class
Pernah sekali aku bermaki-makian dengan ayah aku dan hampir bertumbuk
namun pak cik aku sempat menarik aku ke rumahnya untuk ditenangkan. Kini
si ayah semakin terdesak duit, rupanya dia banyak berhutang, hutang
kawan-kawan, hutang adik-beradik, hutang along dan ceti pun ada. Duit
itu kami semua tak tahu ke mana. Barangkali untuk menyara keluarga
sebelah sana. Lebih mengeruhkan keadaan, perempuan itu memaki, menfitnah
mak aku di Facebook. Mak pernah terbaca mesej antara dia dan ayah.
Barangkali jika dia kata dia outstation, sebenarnya dia tidur di rumah
sana.
Kes semakin melarat, aku bawa mak ke mahkamah syariah.
Mereka dipanggil untuk kaunseling. Mak kemudian, membuat permohonan
fasakh. Saat itu baru emak buka cerita bahawa si ayah ini pernah ada
rekod jenayah cabul sewaktu kami kecil. Namun didiamkan kerana bimbangkan
anak-anak membesar tanpa ayah. Kami cari rumah sewa kerana bimbang si
ayah akan bertindak gila memberi tekanan kepada emak. Dalam tempoh
setahun, si ayah memujuk si emak untuk pulang semula ke rumah lama. Si
emak tidak berbincang dengan anak-anak terus pulang ke sana. Kes fasakh
ditarik semula.
July 2016,
Dalam tempoh ini, emak cuba untuk lupakan hal si ayah dan bini sundalnya itu. Si ayah tidak bekerja sudah lebih setahun. Kami anak-anak memberikan
sedikit duit belanja semampu kami. Emak, ligat menjual kuih karipap,
kasui dan kuih raya. Si ayah mula berkopiah dan sering ke masjid. Namun,
sering juga dia meminta wang untuk bayar ceti. Masalahnya, duit yang
dipinjam itu tak pernah pun mak rasa dan tak tahu menahu jika tiada
orang beritahu. Pasti untuk perempuan sundal itu. Dia minta bukan
sedikit tetapi RM7,000. Dia mula naik gila, menghalau emak dari rumah
itu, sedangkan rumah itu batu batanya semuanya hasil titik peluh mak
berniaga.
Dia tidak bekerja, dan terus menipu saja. Katanya berambus
engkau. Dan bila mak minta dilepaskan, dia kata berikan 30 ribu dahulu
baru dia lepaskan. Video ada dirakam oleh emak. Aku pun pelik dengan
ayah aku ini. Kenapa dia masih nak menzalimi mak, menganiaya mak?
Pergilah berambus dengan perempuan sundal tu.
Dia mula menyuruh
abang sulungku membuat pinjaman peribadi. Katanya akan bayar semula
RM300 sebulan. Sedangkan, duit belanja emak, RM50 sebulan pun dia tidak
beri. Dia mula menengking-nengking. Sifat sebenar dia sudah mula
ditonjolkan. Kopiah di kepala hanya sandiwara. Kali ini aku bertumbuk
dengan dia. Akhirnya, aku ke mahkamah buka semula kes fasakh, dan
mahkamah membenarkan untuk bawa mak keluar. Kes akan dibicarakan bulan
hadapan, doakan agar kali ini kes selesai noktah.
Berpoligami itu
memang sunnah nabi. Tapi banyak yang perlu dititikberatkan. Isteri yang
baik, hargailah. Jangan kita hidup dengan menipu isteri/suami. Allah
itu Maha Adil. Jangan memandang enteng isu poligami!
Ini kisah
benar, aku saksi satu per satu nikmat Allah tarik dari ayah aku. Kini,
dia hutang keliling pinggang, ceti along sedang mencari. Rumah yang lama
sudah dituntut tuan tanah, kereta, simpanan langsung tiada. Isteri yang
selama ini yang menyokong sudah tiada, anak-anak sudah pun beri peluang
namun masih yang sama, memudaratkan. Kami anak-anak lelaki perlu
lindungi emak. Kerana dia syurga, dia segalanya. Aku hanya minta mak aku
dilepaskan dari seksaan ini. Emak juga ada hak hidup bahagia.
Jika kau kata berpoligami murah rezeki, aku kata tidak. Banyak lagi cara lain untuk murah rezeki.
Sekian.
– Adam –
No comments:
Post a Comment