Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 20 July 2016

12 TIPS PERFUME YANG SETIAP WANITA WAJIB TAHU!

1) Memakai lotion sebelum menyembur perfume
Kulit berminyak mengekalkan wangian lebih lama. Jadi jika anda mempunyai kulit kering, sapukan lotion terlebih dahulu untukk membantu mengekalkan bau kegemaran anda.


2) Sapu Vaseline pada nadi sebelum menyembur perfume bagi membuatkan perfume tahan lebih lama

3) Jika anda mahu perfume anda tahan lebih lama, jangan simpan perfume di dalam bilik air atau tempat yang lembab dan panas
Haba, cahaya dan kelembapan akan memecahkan partikel perfume serta mengurangkan kualiti wangian. Sebaiknya, simpanlah ia di tempat yang sejuk dan kering seperti di meja solek dan di bilik tidur. Jauhkan ia dari tingkap.
 Tip Bonus: Gunakan cake stand seperti gambar dan susunnya cantik-cantik.


4) Spray perfume sebaik sahaja mandi & sebelum memakai baju
Kelembapan pada kulit anda akan membantu mengekalkan bau. Ini juga akan menghalang wangian dari mengotorkan pakaian atau barang kemas.


5) Jangan gosok perfume di pergelangan tangan selepas dispray
Jika anda menggosok pergelangan tangan anda bersama-sama, anda akan memaksa TOP NOTE untuk hilang lebih cepat dan hasilnya membuat wangian anda tidak bertahan lama.


6) Menyembur perfume yang berasaskan alkohol terus pada rambut akan membuatkan rambut jadi kering dan rosak
Jadi spray perfume pada sikat terlebih dahulu sebelum menyikat rambut. Rambut akan jadi wangi.


7) Biasakan diri dengan terma dan notes perfume
- body mist, cologne, edt,edp , parfum
- top notes,middle notes dan base note


8) Tuang sisa perfume dari botol perfume yang hampir habis ke dalam unscented lotion supaya tidak membazir


9) Cipta perfume anda sendiri dengan semburan beberapa layer wangian yang berbeza
Menyembur beberapa jenis perfume yang berbeza pada masa yang sama. Layerkan perfume bau yang lebih strong dahulu sebelum semburkan dengan perfume yang lebih ringan dan fresh. Cari kombinasi perfume yang anda suka. 


10 ) Untuk mengenal 'TRUE SCENT'  daripada perfume, tunggu sehingga perfume kering pada kulit anda sebelum mencium baunya
Selepas menyembur perfume, bau yang disembur adalah TOP NOTES, yang akan hilang selepas beberapa minit.



11) Sembur perfume pada bantal dengan bau yang menyenangkan (contoh perfume bauan lavender) untuk tidur yang lebih lena


12) Sembur cotton buds dengan perfume kesukaan anda dan masukkan dalam plastik sandwich (seperti gambar) di dalam beg tangan anda untuk quick touch up
Ia lebih mudah dan ringan untuk membawanya daripada membawa perfume yg besar dan berat ke dalam handbag.


SHARE DAN LIKE jika ia bermanfaat kepada rakan-rakan anda yang gila perfume!

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my