Nak Pikat Lelaki Idaman?

Sunday 24 July 2016

Rajuk Seorang Ibu

As salam. 
Maaf kalau kisah yg sy nak cerita ni akan menyinggung mana2 pihak. Kisah ni terjadi dlm keluarga sy sendiri.. Terjadi pd kakak sy yang sulung. Kakak sy telah berkahwin selama 18 tahun.. Dia skrg tggl di rumah keluarga mertuanya dari sejak dia berkahwin. Sejak berkahwin hgga skrg, sekalipun dia tak pernah beraya bersama kami.. Raya puasa mahupun raya haji.. Mak dan ayah sudah terlalu lama memendam rasa. Sebelum ni mak mampu bersabar sekian lama. Katanya tak mahu bising sbb taknak kakak dan suaminya gaduh. Tp, Allah sedang menduga mak sy kalini. 18 tahun memendam kecewa. Raya kalini, mak sy sgt2 kecewa. Akhirnya kesabaran seorg ibu tiba di penghujung. Segala kekecewaan diluahkan di whatsapp. 

Kakak hanya membaca, tp tak bls. Sy tau mak tak mampu lagi menahan kecewa dan mak sudah habis kata2 apabila soalan yg sama sering diaju pd mak tiap kali raya. Org sekeliling akan bertanya knp jd mcm tu? Knp kakak tak balik? Ada selisih faham ke? Dan jika org tak tau, org akan berfikir mak yg bermasalah sehingga buat kakak tak balik beraya. Hakikatnya tak. Tiap kali kakak bersalin, mak akan pergi tgk dia, kakak kata nk bisnes, sy dan mak belikan brg permulaan bisnes utk dia. Semua kami lakukan sbb kami syg pd kakak.

Mari sy ceritakan kisah yg membuat mak selalu kecewa. 

Kakak mmg tggl bersama mertuanya. Adik-bradik suaminya mmg kerap balik ke kg. Seminggu sekali mereka akan balik ke kg mereka. Tp, apabila kakak balik ke kl, dia akan trus ke rumah ipar2 dia wlupun mereka selalu berjumpa. Kakak akan dtg ke rumah mak belah malam dan balik pd awal pagi atau tghari. Dan akan pulang pd tgh raya atau hujung raya. Itu pun hanya semalam. Dtg dlm pukul 10mlm, siang pukul 10pg atau 2ptg dah balik. Mak kata kakak balik tgk mak seperti org makan kenduri atau melawat kawan sahaja. Tiap kali nak balik umah mak, kakak akan bg alasan duit tak ada, suaminya sibuk. Tp, bila ke rumah ipar2nya tk ada pulak masalah. Kami bukan tak tau kakak selalu ke rumah ipar2nya. Tp kakak tak pernah singgah umah mak. Wlupun jarak rumah ipar2nya ke rumah mak tu sgt2 dekat. Mak tahu semua. Tp mak pendam kecewa nya sbb mak taknak kakak gaduh ngan suaminya.

Teringat peristiwa tahun lepas, kakak sms mak, kata nak dtg umah. Allah, semangat mak trus start keta beli brg nk msk. Mak msk byk lauk. Gembira seorang ibu, bila anak nak balik. Tp, tiba2 kakak bgtau tak jd dtg. Mak menangis dan tak berckp 2 hari. Sedih sgt2 tgk mak masa tu. Tp mak masih bersabar..

Tp, raya kalini mak mgkin tewas dgn kesabarannya sendiri. Mak kecewa bila dpt tau kakak balik sini, tp trus ke rumah ipar2nya. Itupun sy yg tertgk di ig iparnya yg kakak ada di sini. Pastu sy tanya kakak, ada kat sini ke? Baru dia kata ye ada kat sini. Rasanya kalau sy tak tanya, maybe dia akan trus balik umah dia spt selalu. Masa ni la allah uji mak. Mak dah terusik sgt2. Lalu mak anta whatsapp pd kakak. Luahan kekecewaan mak pd kakak. Kakak tk bls. Esoknya kakak call mak nk jumpa mak. Tp mak tk bls. Dan trus off hs. Kemudian mak call sy, minta smpikan pd kakak, anggap mak dah tak ada sambil menangis. 

Mak kata tak perlu dtg tgk mak kalau hanya sekadar dtg makan kenduri. Mak trus letak telefon.. Sy turut nangis lepas tu. Sy tau mak kecewa. Lama dia pendam. 18 tahun. Sy tau mak mampu bersabar lagi. Tp mgkin tekanan dari org sekeliling yg selalu bertanya pd mak psl kakak.

Kini, sy tgh cuba baikkan mak dgn kakak. Sy tak tahu nk bermula dr mana. Tp, sy akan cuba. Tp di satu sudut lain, mak mgkin berjaya didik kakak menjd seorang isteri yg taat pd suaminya wlupun sy tau jauh di hati kakak, dia pun kecewa dgn keadaan yg berlaku. Tp dia tak mampu bersuara.

Sy harap kisah sy ni jdkan la pengajaran pd semua anak dan menantu.

Pd para suami, jika kamu benar2 anggap mertua itu spt mak kamu. Kamu takkan sanggup buat mertua kamu mcm tu. Jgn jdkan alasan syurga isteri dikaki mu hgga kamu sanggup buat isteri kamu mcm tu. Jgn jd suami yg hanya pentingkan diri sendiri. Anggap la mertua itu spt ibumu, nescaya kamu takkan sanggup buat mcm tu pd mertua mu. Cuba letak diri kita ditempat mertua, apa kita akan rasa jika anak2 kita pulak buat perkara yg sama pd kita bila mereka dah kawin nanti. Ingat akan kafarah dr Allah.

Pd para isteri pulak, jika kalian melalui situasi yg sama spt kakak sy, sy harap kalian bersuara la. mmg syurga pd suami mu, kamu harus taat pd suamimu, tp ingatlah akan jasa seorang ibu. Tidak salah kamu berani kan diri luah apa yg kamu rasa pd suami mu. Bukan dgn niat nk menentang suami. Tp dgn niat nk suami tahu apa kita rasa. Jikalau kamu hanya berdiam, suami akan anggap kamu setuju dgn apa yg berlaku. Meluahkan bukan bermakna kita nk kurang ajar. Luah kan isi hati kita dgn cara paling lembut pd suami.. Sentiasa berdoa pd Allah agar suami kita memahami perasaan kita. Jikalau kamu sudah puas meluahkan, tetapi suami mu masih bersikap begitu, jgn bhti berdoa pd Allah, solat tahajud dan solat hajat pd allah agar melembutkan hati suami kita.

Kpd para mertua yg mengalami nasib yg sama spt mak sy, sy doakan agar acik semua bersabar la akan dugaan Allah ini. Sy yakin, seorang anak tak pernah lupakan maknya. Cuma mgkin mereka jugak tersepit dgn keadaan. Sentiasa doakan mereka.. Wlupun sy tahu, wlu anak kita sudah tua sekali, seorang ibu tetap melihat anak itu spt kanak2. Sy tahu naluri seorang ibu yg sgt rindukan anak dan cucunya. Kalau boleh, seorang ibu nk luangkan sepenuh masa bersama anak dan cucu. Berdoa la, kerana Doa seorang ibu tiada hijabnya.

Akhir kata, sy harap kisah ni dpt dijadikan pengajaran pd semua. Sy share kisah ni bukan nk aibkan sesiapa. Tp terpanggil utk share supaya amek sedikit iktibar dlm kisah sy ni. Doakan sy berjaya menyatukan kembali mak dan kakak sy. Rajuk seorang mak takkan lama. Inn shaa allah.

– Anak mak –

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my