Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 27 July 2016

Ulama Mesir tolak keputusan kerajaan seragam khutbah Jumaat

KHAMIS, 28 JULAI 2016 @ 7:57 AM

KAHERAH: Ulama kanan pihak berkuasa tertinggi Islam Mesir, al-Azhar, menolak keputusan baharu kerajaan untuk menyeragamkan khutbah solat Jumaat. 

Majlis Ulama Kanan Al-Azhar memberi amaran bahawa keputusan kerajaan itu akhirnya akan menghasilkan pemikiran ulama yang cetek dan "membekukan" wacana agama. "Imam akan sedar mereka tidak dapat berbincang, berdebat, dan memberi tindak balas kepada idea (pelampau) sekali gus memberi amaran kepada rakyat," kata majlis itu dalam satu kenyataan Selasa lalu. 

Pengkritik berkata inisiatif menyeragamkan khutbah, yang dilancarkan oleh Kementerian Wakaf Agama Mesir, adalah satu percubaan baharu kerajaan untuk mengetatkan kawalan kerajaan ke atas wacana agama. 

Kementerian ini bertanggungjawab untuk mengawal selia masjid dan rumah-rumah ibadat. Menteri Wakaf Agama, Mokhtar Gomaa berkata, langkah itu bertujuan untuk memerangi idea pelampau, tetapi majlis itu berkata matlamat itu boleh dicapai melalui peningkatan potensi ulama Islam. 

"Imam perlu latihan yang serius dan pengetahuan supaya mereka mampu berhadapan dengan idea-idea radikal dan ganjil melalui pengetahuan dan intelek yang betul," katanya. 

Ketika mengabaikan penolakan Al-Azhar terhadap undang-undang baharu itu, jurucakap Kementerian Wakaf Agama, Gaber Tayaa berkata kementerian itu akan bergerak ke hadapan dengan mengeluarkan khutbah bertulis umum, yang bertujuan untuk menghentikan "huru-hara" dalam wacana agama semasa. - Agensi


No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my