Nak Pikat Lelaki Idaman?

Monday 25 July 2016

PERFUME BEST!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

Ok ada juga pertanyaan tentang perfume. Seronottt sangat bila memiliki perfumes yang sesuai dengan jiwa kita kan. Rasa lebih berkeyakinan dan hebakk je!

Kali ni aku nak share perfumes yang pernah aku try dan aku olah sedikit tentang bau dia tu. Saja nak sharing is caring, kalau shopping online shop memang sukar kita tak boleh nak bau so bila ada info sikit bolehlah decide mana nak beli kan :) 

Memang beli kat blog shop lagi murah dari kaunter macam aku beli benda ni! 
(boleh try kat sini http://arabperfumes.shoppy.my)

Sebenarnya aku adalah hantu perfumess hahaha!!

ok jom aku kenalkan perfumes yang pernah aku pakai, cium dan miliki. ni pendapat aku la, citarasa aku..kalau ok i say ok kalau k.o tetap aku cakap k.o. So, bau perfume ni melambangkan personaliti seseorang..aku ni nak kata lembut tak juga, ganas sangat pun tak juga. so apa? hahaha. ok jom kita review perfumes yang pernah aku guna.
Gucci Envy Me
Serius!, korang rasa cemburu bila cium bau ni. Rasa nak memilikinya 1 hehe. Bau dia ala-ala rose yang sweet dan sexy je. Sesuai dengan jiwa kewanitaan rasa macam sopan dan lemah lembut je. I love it. Aku pernah beli sebotol..terasa cepat betul kosong botol itu kerana terlalu cinta akan di kau.
Idole by Armani
Perfumes ni suka sangat, masa tu aku study kat USM pakai perfume ni. Bau dia romantikk sangat. Bau yang soft tapi (maybe sesuai dengan aku kot) makin lama bau dia makin kuat tapi taklah kuat sampai nak terpengsan kan..macam menusuk kalbu. Tahan lama juga..serius nanti nak beli lagi sebotol. 
Luxe Live by Jennifer Lopez
Jenama ni aku beli sebab aku terpedaya dengan Sasa, best selebriti perfume hahaha...tapi best juga bau dia. Bau dia manis-manis mengoda gitu, tak terlalu kuat tapi lebih rasa segar je. Pada aku tak la long lasting sangat walaupun original perfumes, maybe kat aku je kot, kena sembur banyak sikit baru tahan lama hehehe. Tapi bau dia memang sangat segar je, rasa suka je ciumnya. Kalau korang rasa nak segar sentiasa bolehlah try perfume ni. Aku suka pakai bila nak pi class. I like!
Sunflower by Elizabeth Arden

Fresh, sweet dan cool. Bau yang soft tu akan buat korang rasa sangat selesa. Aku pernah repeat 2kali beli perfume ni. Tapi tak la long lasting sangat, kena rajin menyembur sebab dia EDT je. Bau dia ala-ala Escada Rockin Rio dan, Escada Sunset.


Hypnose by Lancome
Jika  korang rasa macam tak yakin & tak ada semangat ke..aku suggest korang pakai hypnose ni. Serius rasa macam begitu berkeyakinan je ececece..serius wa cakap sama lu ye. Bau dia sweet tapi rasa macam rich je. Bila hidu tu rasa macam uhhhh ada urmm tau. Susah nak gambarkan perasaan itu sebab yang try je tau. Memang setiap perfumes yang berbeza kita akan rasa mood yang berbeza so pilihan di tangan anda. Mudah aku cakap korang maybe akan rasa macam lebih yakin dan rasa mature je.

Yang lain tu biarlah aku senaraikan gitu-gitu je, malas nak upload gambar banyak sangat:
***************************************************************************************************************
Cacharel Amor Amor - rasa macam manis-manis je, yang suka perfumes sweet-sweet is very nice.
DKNY fresh blossom - lembut tapi macam strong pada kau, sakit kepada pass pada akak.
Issey Miyake Classic - bau memang sedap..tapi poning, bau strong sangat hahaha.
Hugo Boss intense - so sweet dan sexy girl bila pakai. Terawang di angkasa. Best!
Lancome miracle - stock sweet2 juga. 
Hugo Boss XX women - serius memang wangi, bau dia sexy woo tapi bau dia buat aku kesakitan kepalaan je,
***************************************************************************************************************
Sekarang ni wish list nak memiliki 3 perfumes ini hahaha, adakah menjadi kenyataan?? $$$$$$$$
Purr by Katy Perry

212 Sexy by Carolina Herrera
Coco Chanel Mademoiselle
So korang share la brand yang pernah korang pakai?? mana tahu ada yang best, perlu dicuba? hehehe..

explain sikit baunya tu ye :)

kbai :)

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my