Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 27 July 2016

Kilang proses ayam diserbu

MOHD Nasir (tengah) memeriksa ayam di kilang memproses, membekal dan mengedar ayam segar yang dikatakan penyalahgunaan logo halal ketika serbuan di Batu Maung. - Foto Zulaikha Zainuzman

BAYAN LEPAS: Sebuah kilang memproses ayam di Batu Maung diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pulau Pinang pagi tadi, selepas pengusahanya dikesan menyalah guna logo halal. 

Pegawai Operasi PPDNKK negeri, Mohd Nasir Mohamad, berkata pihaknya menerima aduan daripada orang ramai yang ragu dengan aktiviti memproses ayam di kilang berkenaan. 

"Serbuan mendapati, syarikat itu bukan pemegang sijil halal sah tetapi menggunakan logo halal yang turut dipamerkan di papan tanda kilang serta beberapa kain rentang syarikat secara haram. 

"Kita mengarahkan syarikat berkenaan menutup logo halal berkenaan dan siasatan akan diteruskan bagi mengesan pembekal ayam kilang itu," katanya dalam sidang media di sini, hari ini. 

Sementara itu, Bahagian Pelesenan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) turut mengeluarkan notis saman terhadap kilang berkenaan kerana didapati tidak mempunyai lesen manakala premis dikesan tidak diurus dengan baik.

- BERNAMA -

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my