Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 27 July 2016

Neelofa, Zulhilmi terima kereta Volkswagen


KUALA LUMPUR: Pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-29, Noor Neelofa Mohd Noor, hari ini memandu pulang kereta Volkswagen Passat R-Line Special sebagai ganjaran kemenangannya pada acara hiburan pilihan peminat paling lama bertahan itu. 

PEMENANG Anugerah Bintang Popular BH 29 (ABPBH 29) Neelofa Mohd Noor (kanan) dan Pemenang Pembaca Bertuah ABPBH 29 Muhammad Zulhilmi Yusof dari Tanah Merah Kelantan (kiri) menerima kunci berjenama Volkswangen di Majlis Penyerahan Hadiah ABPBH 29 di Sri Hartamas. Turut hadir, Pengarah Eksekutif Federal Auto Holdings Berhad, Wong Fay Lee, (tiga dari kanan), Pengarah Jualan dan Rangkaian Volkswagen Group Malaysia, Roland Ooi (dua dari kanan), Pengarang Bersekutu BH2 / Edisi Mingguan, Azhar Abu Samah dan Pengarang Hiburan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH, Shamsul Azree Samshir (tiga dari kiri). - Foto Hasriyasyah Sabudin

Acara penyerahan kenderaan terbabit disempurnakan Pengarah Jualan dan Rangkaian, Volkswagen Group Malaysia, Roland Ooi, dengan disaksikan Pengarang Bersekutu BH2/Edisi Mingguan, Azhar Abu Samah, dan Pengarang Hiburan BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 29, Shamsul Azree Shamshir. Majlis diadakan di Pusat 3S Volkswagen, Sri Hartamas, di sini sebentar tadi. 

Pada acara kemuncak ABPBH 29 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 8 Mei lalu, pelakon dan pengacara itu memenangi gelaran tertinggi terbabit apabila menerima undian sebanyak 212,829. 

Neelofa juga selebriti wanita pertama mengungguli kategori Bintang Paling Popular sejak Datuk Siti Nurhaliza menggenggam trofi idaman ramai berkenaan pada ABPBH 2009. 

Pada majlis sama, graduan jurusan Pengurusan Seni Universiti Malaysia Sarawak, Muhammad Zulhilmi Yusof, 25, membawa pulang kereta Volkswagen Vento selepas beliau diumumkan pemenang utama kategori pembaca. 

NEELOFA dan Zulhilmi bersama hadiah kemenangan masing-masing
Berbekalkan slogan menarik bertemakan #RESPEK, selain menepati kriteria pertandingan, Zulhilmi mengetepikan ratusan ribu penyertaan lain bagi memenangi kereta bernilai RM93,888 terbabit.

Oleh Farihad Shalla Mahmud


No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my