Nak Pikat Lelaki Idaman?

Tuesday 26 July 2016

Lamborghini terbabas, Datuk dan pekerja cedera

Seorang lelaki berstatus Datuk terselamat selepas kereta Lamborghini dipandu pekerjanya terbabas melanggar besi penghadang di tengah jalan di Kilometer 234.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT), berhampiran Plaza Tol Kuantan, petang tadi.
 Menurut Ketua Trafik Pahang Supt Mohd Nor Yusof Ali berkata kemalangan itu berlaku kira-kira 2.45 petang ketika hujan renyai semasa mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.

Beliau juga berkata kereta berkenaan dipandu jururunding wanita Norfarahliya Daud, 26, dan dinaiki majikannya Datuk Lawrence Ng Teck Hoong berusia dalam lingkungan 50-an.


Ketika tiba di tempat kejadian, kereta mewah itu dipercayai hilang kawalan semasa cuba mengelak binatang yang melintas jalan dan menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kanan jalan, berpusing serta melanggar besi penghadang laluan tengah jalan, katanya ketika dihubungi di sini.


Disebabkan kejadian itu, mangsa yang berasal dari Selangor dan Kuala Lumpur cedera ringan dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik di sini.
Kenderaan berwarna keemasan itu yang bernilai lebih Rm 1 juta turut mengalami kerosakan yang teruk, kata Mohd Nor.

Laporan polis berhubung kejadian tersebut telah dibuat oleh mereka di Balai Polis Trafik Kuantan malam tadi, katanya lagi.



No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my