Nak Pikat Lelaki Idaman?

Monday 25 July 2016

ASAL DARI MANA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

I’m sabahan as well. Sebelum pergi semenanjung, memang banyak expectations yang saya buat sendiri. Saya takut macam mana mau berkomunikasi. Yalah, slang kami susah mau faham kan? Siapa bakal roommate saya, macam mana mau cari kawan disana. Memang risau semua benda tu. Saya takut soalan ‘tidak logik’ ditanya. Saya pernah berkawan dengan budak sabah dan sarawak ja. Berkenalan dengan budak semenanjung, jauh sekali!

Tapi saya anggap ini semua sebagai cabaran. Lagi pun, saya sendiri tidak mau stay belajar di sabah. Kalau boleh belajar tempat lain, luar sabah. Bila lagi kan? Ya, saya tahu kos tinggi sangat. Dengan harga flight yang beratus2. Jadi, semuanya bermula. 

First perkara yang saya belajar ialah cara berkomunikasi. Saya cuba cakap semenanjung (please, bukan saja-saja mau cakap semenanjung) kalau cakap sabah memang tiada siapa yang faham. Tapi slang sabah tetap ada. Bila saya start bercakap, diorang tau saya orang sabah. Tapi pernah orang tegur “orang indon ke?” Saya just buat muka blur. Then dia sendiri faham “ohhh orang sabah”!

Hahaha. Saya bersyukur dapat roommate yang baik. Faham apa yang saya cuba sampaikan. Dia orang utara. Saya suka loghat utara hehe kawan-kawan pun okay. Tidak racist. Mungkinlah. Tapi ada sesuatu yang saya perasan. Di sana, asal melayu dia muslim. Kalau dia muslim, dia melayu. Haihhh. Saya berbangsa dusun tapi saya beragama islam. Tapi ada ja dusun, beragama kristian. So, tiada masalahkan? Ramai orang terkejut saya bukan melayu. Ada yang sampai pm saya tanya benda tu. It’s okay. Kita kenal orang kan.

Saya tiada masalah dengan orang semenanjung. Semua okay ja. Saya pun rasa ‘diterima’ (mungkin ikut tempat belajar). Setakat ni yang saya jumpa, semua baik. Hormat menghormati. Ada ja orang pernah tanya “kat sabah hutan ke?” Ehh, mana ada. “Kat sabah ada cinema tak” what? Hahaha!

Mestilah ada. Di sini ada juga kfc, pizza semua tu. Satu lagi, orang akan kenal KK ja. Tempat tinggal saya kurang famous. Hmm. Ada sorang aunty pernah cakap “Dia tinggal sabah. Dia bukan malaysia.” Waktu tu saya senyum ja. Aunty tu pun sudah berumur. Ingatkan saya seorang ja macam. Kawan-kawan lain pun kena cakap macam ni.

And yes, saya selalu makan dengan kawan non-muslim (restoran halal lah). Di semenanjung, saya masih semeja dengan non-muslim. Kami berdoa sama2. Ikut cara agama masing2. Tiada masalah kan? Satu lagi saya mau kongsi, lepas azan haritu diorang cakap “kau tidak pi solatkah?” Hahah then saya balik bilik pi solat. Saya selalu guna ayat ‘lepas zohor, lepas isyak’ macam tu. Diorang faham lah.

Sebelum cakap apa2 pasal sabah atau sabahan, mari lah bercuti ke sabah. Haha. Banyak tempat menarik. Mau tau pasal sabah atau lebih penerangan pi search di youtube Adam Shamil.

– sabahan – 

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my