Nak Pikat Lelaki Idaman?

Wednesday 23 November 2016

Perfume|minyak wangi yang biasa aku pakai

Ok hari ni nak cerita pasal perfume sebab hari ni baru dapat perfume yang aku beli dari FB Arab Perfumes ni. Perfume ni memang my ultimate perfume lah kiranya sebab walau dah bermacam jenis perfume aku pakai, tapi yang ni wajib ada dalam stok simpanan aku.

Pompuan dengan perfume ni kan ala-ala macam isi dengan kuku. I mean most women lah, tapi ada gak yang jenis allergic pakai perfume. Aku pulak, kalau tak pakai perfume, mesti rasa ada yang tak cukup hari tu tapi tak lah macam kawan aku, dah on the way gi tunggu bas, boleh sanggup balik rumah sebab lupa pakai perfume. Tapi itu memang alasan tak nak gi kelas lah kan. Tapi dia ni memang hantu perfume, siap dalam handbag memang wajib bawak perfume. Bukan setakat purse size or yg vial tu tapi bapak besar botol yg 100ml sebab dia mmg kalau beli perfume terus the biggest size.

Anyway, aku just nak citer pasal perfume feveret aku. Tak de kena mengena pun dengan orang lain. Actually bau perfume ni pun very subjective. Ikut hidung masing2 lah kan. Kengkadang kita bau wangi, tapi orang lain macam nak pengsan duk hidu bau perfume kita and vice versa.
Perfume ni memang famous masa zaman aku sekolah2 dulu. Gila, sekolah pun dah pandai citer pasal perfume. Tapi aku tak pakai lah perfume time sekolah, tapi sebab sekolah aku tu ramai anak2 orang kaya, so depa lah yg selalu citer pasal perfume ni. So bila aku dah start belajar kat Uitm, baru lah aku pi menerai-nerai bau perfume ni. Huh....bau dia memang very strong bagi aku lah. It's a definite no-no to me. But perfume ni kira evergreen kat aku walaupun aku tak pernah pakai, tapi ini ler perfume first yang aku kenal.


Ini pun antara perfume yang femes masa zaman sekolah, sampai aku kat U. Yang ni aku pakai sebotol je, tak repeat dah lepas tu sebab bau dia very direct. Macam mana punya direct aku pun tak boleh nak terangkan. Tapi yang ni aku tak beli, aku cuma hantar langganan Malajah Cleo untuk setahun and kebetulan masa tu ada promo dapat perfume ni free. So, aku langgan Majalah Cleo tu semata-mata nak perfume ni free. 


Yang ni, perfume yang glemer masa aku kat U or mungkin jugak sebelum2 tu, cuma aku tak ambik tau sangat. Ye lah, bukannya berduit pun nak beli. Tapi, aku pakai pun masa aku dah start kerja. Yang ni aku pakai dalam 3 ke 4 botol. Tapi sekarang ni, aku macam dah tak berapa nak suka pulak bau dia. Tak tau lah kenapa. Mungking sebab dah banyak sangat version yang baru sampai dah tak kenal bau yang original ni.

Haha..ini perfume untuk orang jantan, tapi aku beli jugak sebab bau dia sangat refreshing dan tak terlalu masculine. Even though ada yang pompuan punya, hak yang pakai corset tu kan, tapi aku lebih suka bau yang ini. Still takde lah pulak orang yang ingat aku pakai perfume lelaki. Tapi sekali tu je lah aku beli.

Yang ni aku pakai dalam 2 ke 3 botol. Aku suka bau dia yang sangat fresh, bau buah-buahan dan santai je. Biasanya aku akan pakai perfume ni untuk outing weekend sebab bau dia akan stay fresh. So kalau agak2 takde perfume yang aku nak kat Perfume Shop tu, aku boleh je beli perfume ni lagi dan lagi kat sini FB Arab Perfume.

CK Eternity Moment ni antara range perfume CK yang soft bau dia. Memang feminin lah. Yang ni sesuai lah nak pakai kalau keluar malam/dinner or gi office. Bau dia flowery and very soft. Yang ni aku pakai sekali je, tapi kalau nak beli lagi pun, no hal.

Gucci Guilty ni aku pakai sebotol je. Aku beli pun sebab masa tu nak beli Gucci Envy tapi takde stok dan yang ni baru je keluar masa tu. Masa test kat kertas tu macam best lah tapi bila pakai macam takde apa2 perasaan. So, kira guilty jugaklah membeli haha..

Gucci Envy antara perfume yang aku suka. Bau yang agak soft dan fresh. Actually bau perfume ni melambangkan personality seseorang. Aku tak pandai lah nak buat analisa, tapi aku memang tak suka bau yang strong dan menusuk2 ke hidung tu or yang terlampau flowery dah ala2 bau setanggi. Aku lebih suka bau buah-buahan yang fresh dan kalau bau bunga2an, bau tu biar soft je.

ni another range Calvin Klein yang aku pakai sekali je. Ni pun ala2 Gucci Guilty tu. Masa test macam sedap and bila pakai a few time, rasa biasa je.

Coco Mademoiselle ni antara range Chanel yang suit to me. Yang lain tu aku rasa bau agak strong dan more veteran..ececeh...Aku pakai ni 2 botol saje sebab harga yang agak semput jugak nak membelinya kan. Perfume ni memang bit strong bukan dari segi bau tapi more on ketahanan bau tu sendiri rasanya sebab kalau kau lalu kat satu tempat, dia punya bau akan tinggalkan jejak kat tempat yang kau lalu tu. 


Memandangkan harga Coco Chanel tu agak semput, aku jumpa adik kembar dia yang lebih murah dan bau memang sangat sama - Miss Dior. Haha...suka2.

Ini perfume yang aku pakai sekarang - Paco Rabanne lady Million. Ini pun dengar2 je cakap orang yang review kata best. So, hari tu beli kat KLIA duty free shop, dapat murah sikit. Bila pakai, sama je macam pakai Guilty tu, tak rasa apa2. Kira macam tak berapa nak serasi lah dengan badan.. So, guilty???? Ado lah sikit.

Ahaha...walau dah bermacam jenis perfume yang aku pakai. Ini lah satu-satunya perfume yang memang melekat dengan aku. Yang ni pun, harga agak menyemputkan tapi aku dapat harga agak murah beli dari Arab Perfume ni. Berbaloi????Memang berbaloi. Perfume ni ex-officemate aku yang kenalkan dan terus aku berkenan sampai lah sekarang. Bau bunga-bungaan yang sangat2 segar dan manis..hihi..boleh? Tak tau ler macam mana nak explain, tapi aku memang suka sangat perfume ni. Dan perfume ni memang aku akan pakai even ada perfume lain, tapi yang ni wajib ada dalam simpanan.


Tapi dalam banyak2 perfume tu, ada jugak perfume yang aku suka bau dia tapi bila aku pakai, aku jadi pening. Korang pernah ke experience gini atau memang aku je yang pelik? Tapi aku tak fikir aku pelik. Mungkin, perfume ni dengan aku tak de chemistry which is tindak balas kimia dari badan aku dengan perfume ni menghasilkan cas or ion negatif kut. Itu kira pandangan aku yang tak berapa nak sainstis ni lah. Contohnya perfume Pleasures Estee Lauder ni. Memang 'in' perfume ni masa baru2 keluar. Kawan2 aku kira rata2 memang akan ada sebotol. Yang peliknya, bila aku pakai, aku akan jadi pening tak tentu arah, tapi kalau kawan aku yang pakai, aku suka je bau dia.

Satu lagi Perfume Sunflower Elizabeth Arden ni. Bau dia memang sedap sebab bau bunga yang fresh dan aku memang suka bila kawan aku pakai, tapi bila aku pakai, aku jadi pening. Yang ni aku pakai tak habis sebotol, itu pun aku tak beli, orang yang kasi. Huh..nasib tak beli, kalau tak memang rugi.

Anyway, ada 2 lagi perfume yang aku suka bau dia dan rasa macam nak beli. Tunggu perfume yang ada sekarang dah nak habis, baru aku gi beli. Aku tak suka ada banyak2 perfume dalam satu masa. Paling banyak, aku boleh ada 3 jenis perfume je yang aku boleh pakai untuk gi office, pakai bersantai dan satu lagi yang universal, boleh pakai bila2 masa. Kalau dah banyak sangat, tak tau nak pakai yang mana, or end up pakai satu je. Kalau dah lama sangat perfume tu dah tak wangi, tapi jadi busuk bau tengit kata orang. Lagi rugi.


Dua perfume ni aku suka bau dia tapi aku kena gi test lagi sekali. Kadang2 aku macam teringat2 bau dia best, tapi time nak beli dah jadi tak best pulak. Tapi Midnight Fantasy Britney Spears tu dah banyak kali aku test dan bau still best bagi aku. So dua ni, kena tunggu next trip pulak and kena intai page si Original Authentic Perfume tu, ada ke tak. Kalau takde, aku akan intai kat website arabperfumes sebab kat sini pun harga lebih murah dan kadang2 ada sale. Lagi pun, dia straight hantar ke rumah, so tak payah nak keluar dari rumah, cuma kita kena make sure dah tau bau perfume yang kita nak lah sebab online ni mana lak ada tester bagai kan. So kalau keluar berjimba2 tu, gi lah test mana2 perfume yang berkenan, then baru lah order online.
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover  �� @ Original Authentic Perfume
.
Whatsapp 0168474740
.
kbaiii
.
p/s: Anda Hanya Perlukan 21 Video Sulit Untuk Meledakkan Jualan!
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.
.
Terus Daftar SINI!
.
.
JOM MULAKAN BISNES ONLINE 7 ANGKA DALAM 7 BULAN! JOM Belajar secara FB LIVE!
.
.
Join Like Method Sekarang dan Dapatkan Bonus PERCUMA Bernilai Lebih Daripada RM2999.
.
.
Bertindak sebelum terlambat
๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my