Nak Pikat Lelaki Idaman?

Thursday 24 November 2016

Ajar anak cari keredaan ibu bapa


KELUARGA adalah institusi penting kerana ia sebuah kesatuan masyarakat kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat. Ibu bapa insan yang rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. 

Mereka banyak berkorban membesarkan dan memberi didikan kepada anak. Mereka tidak pernah meminta, mengharapkan balasan atau bayaran terhadap penat lelah, pengorbanan dan kasih sayang yang diberi. Terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian sewajarnya oleh ibu bapa dalam mendidik anak. 

Kunci utama ke syurga itu ialah mendapat reda Ilahi dan untuk mendapat reda Ilahi, ia bergantung kepada reda ibu bapa. Inilah yang sering dilupakan oleh anak selama ini. 

Sabda Rasulullah SAW: "Reda Allah bergantung pada reda kedua-dua ibu bapa dan murka Allah SWT bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa. Syafaat Rasulullah SAW bergantung pada reda Allah SWT. Kemuliaan Allah SWT bergantung pada bagaimana anak itu memuliakan kedua- dua ibu bapanya".

Betapa besarnya kedudukan ibu bapa selepas Allah SWT kerana tanpa mereka dan dengan izin-Nya, tiadalah kita di muka bumi ini. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain daripada-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa". (Surah al-Isra', ayat 23).

Hati tulus, ikhlas 
Menjadi kewajipan untuk mengajar anak mencari keredaan ibu bapa menerusi pemberian hadiah, pertolongan serta sentiasa cuba menyenangkan hati dan perasaan kedua-dua ibu bapa. Doa ibu bapa merangkumi keikhlasan dan ketulusan. 

Ada kala seseorang itu berdoa untuk kebaikan orang lain atas sebab mendapatkan kebaikan pada dirinya. Akan tetapi doa ibu bapa daripada hati tulus ikhlas untuk kebaikan anak, bukan mendapat balasan atas kejayaan yang diperoleh. 

Umpamanya, seorang ibu mendoakan kebaikan kepada anak sebelum mereka dilahirkan, mengharapkan diberi perlindungan oleh Allah SWT. Sudah pasti Allah SWT tidak akan mensia-siakan doa seorang ibu terhadap anaknya demi kebaikan di dunia dan akhirat. 

Pada masa sama, tidak lupa untuk berkomunikasi serta mendidik anak mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka di dunia dan akhirat. Sebagai anak, kita boleh memanjatkan doa kepada Ilahi supaya ibu bapa diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan diampunkan segala dosa. 

Anak juga diingatkan untuk mendoakan ibu bapa walaupun mereka sudah meninggal dunia. Kita memohon keampunan kepada Allah SWT supaya menghapuskan segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. 

Didik sifat pemaaf 
Islam mendidik umatnya bersikap pemaaf. Salah satu sifat Allah SWT ialah Maha Pengampun. Saban hari ada sahaja dosa yang kita lakukan, tetapi selagi nyawa tidak di kerongkong, Allah SWT masih membuka pintu taubat kepada hamba-Nya. 

Kasih sayang-Nya tidak ternilai, sesungguhnya Allah SWT itu Maha Pengampun kepada hamba yang tidak jemu memohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan sama ada nyata mahupun tersembunyi. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (Surah al-Nisa', ayat 25).

Malah, ibu bapa juga tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kepada anak, maka amat wajar bagi ibu bapa untuk meminta maaf. Tanam sifat mudah berasa bersalah terhadap apa sahaja yang berlaku meskipun ia adalah perkara remeh-temeh. 

Ia tidak membawa sebarang manfaat jika ibu bapa masih berterusan enggan menerima kemaafan daripada anak mereka. Selagi tidak memaafkan anak, selagi itulah fikiran akan dipenuhi dendam dan segala aura negatif, manakala anak pula berada dalam suasana hati yang tidak tenang atau dilanda ketegangan emosional. 

Oleh itu, mulakan berlatih meminta maaf daripada anak. Anak memerlukan watak yang boleh dijadikan contoh. Sesungguhnya anak adalah anugerah Allah SWT yang cukup berharga kepada ibu bapa. 

Berilah perhatian supaya mereka menjadi insan bertakwa dan berguna kepada agama, bangsa serta negara.
.

----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover  �� @ Original Authentic Perfume
.

Whatsapp 0168474740
.
kbaiii
.
p/s: Anda Hanya Perlukan 21 Video Sulit Untuk Meledakkan Jualan!
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.
.
Terus Daftar SINI!
.
.
JOM MULAKAN BISNES ONLINE 7 ANGKA DALAM 7 BULAN! JOM Belajar secara FB LIVE!
.
.
Join Like Method Sekarang dan Dapatkan Bonus PERCUMA Bernilai Lebih Daripada RM2999.
.
.
Bertindak sebelum terlambat
😃😃😃

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my