Nak Pikat Lelaki Idaman?

Monday 28 November 2016

Isu komunis: Bukan masa tuding jari

Penerbitan berhaluan kiri dan tidak senada dengan sistem pemerintahan yang sah memang bahaya, apatah lagi jika ia pernah tercatat dalam sejarah sesebuah negara mempunyai rekod tidak baik. 

Malaysia dan Indonesia misalnya adalah dua negara yang menjadi saksi sejarah bahawa komunis bukanlah pihak yang boleh dipercayai. Sejak dua minggu lalu, tokoh daripada pelbagai bidang memberi pandangan mereka tentang mudahnya penerbitan beraliran kiri seperti komunis diterbitkan di negara ini. 

Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam, misalnya menegaskan kelemahan penguatkuasaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang menyebabkan mudahnya penerbitan bahan sebegitu. 

Penguatkuasaan lemah 
Ramlah berkata, meskipun sudah ada peruntukan, penguatkuasaaan lemah pada peringkat kementerian dan pegawai berkaitan tidak peka akan hal itu. Sepatutnya setiap benda bercetak mesti mendapat izin, selain turut menyenaraikan sikap tidak kisah dalam kalangan rakyat sebagai punca kewujudan penerbitan berkenaan. 

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mua'mar Ghadafi Jamal Jamaludin menolak dan menafikan sangkaan bahawa komunisme dianggap sebagai sebahagian perjuangan kemerdekaan oleh segelintir pihak kerana hakikat sejarah memperjelaskan sebaliknya. 

Sejarah, tegas beliau, merekodkan secara jelas siapa sebenarnya yang terbabit dengan perjuangan kemerdekaan dan sewajarnya menjadi panduan kepada generasi hari ini. 

Tindakan menyalahkan satu pihak sahaja termasuk kerajaan kerana kononnya mengawal itu dan ini tidak sepatutnya timbul kerana perlu ada penguatkuasaan ketat terhadap fahaman tidak baik yang boleh merosakkan pemikiran anak muda hari ini daripada tersebar luas. 

Tanpa penguatkuasaan pelbagai aliran akan menyelinap masuk, manakala ramai anak muda sanggup memperjuangkan apa yang mereka percaya benar tanpa mengetahui kebenaran, misalnya sanggup mengibarkan bendera Sang Saka Malaya tanpa usul periksa. 

Sejak abad ke-19 dengan tercetusnya Revolusi Oktober di Russia, komunisme merebak ke banyak negara kerana kononnya ia memperjuangkan hak sama rata. Namun, satu demi satu negara memilih ideologi itu akur kepada demokrasi, malah negara menggunakan simbol tukul dan sabit serta China akhirnya memilih pasaran terbuka. 

Sesuatu yang mungkin dikhuatiri oleh kebanyakan pemikir dan sarjana mutakhir berikutan penerbitan terbuka berkaitan komunis adalah gerakan itu sebenarnya masih lagi sangat aktif. Misalnya pada 31 Oktober lalu di Hanoi, Vietnam, pertemuan antarabangsa komunis yang menerima wakil dari 58 negara termasuk dari Britain. 

Tangani perjuangan ekstremis 
Malah dengan sejarah perjuangan kental Vietnam melawan Jepun, Perancis dan tentunya Amerika Syarikat (AS) untuk mencapai kemerdekaan, tidak mustahil ramai yang mendapat inspirasi, terutama golongan yang masih belum cukup mengenali sisi gelap komunisme. 

Komunisme bukan satu-satunya cabaran yang perlu ditangani pada masa kini, bahkan kita juga perlu menangani perjuangan ekstremis dalam konteks politikal seperti al-Dawla al-Islamiya al-Iraq al-Sham (Daesh). 

Penerimaan terhadap aliran sebegini menjadikan anak muda menentang apa sahaja usaha yang dibuat kerajaan meskipun usaha itu baik. Justeru, tanpa perlu terjebak dalam isu menyalahkan mana-mana pihak yang tiada kesudahan, maka penegasan terhadap penguatkuasaan seperti diutarakan Ramlah perlu dilakukan.
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover  �� @ Original Authentic Perfume
.
Whatsapp 0168474740
.
kbaiii
.
p/s: Anda Hanya Perlukan 21 Video Sulit Untuk Meledakkan Jualan!
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.
.
Terus Daftar SINI!
.
.
JOM MULAKAN BISNES ONLINE 7 ANGKA DALAM 7 BULAN! JOM Belajar secara FB LIVE!
.
.
Join Like Method Sekarang dan Dapatkan Bonus PERCUMA Bernilai Lebih Daripada RM2999.
.
.
Bertindak sebelum terlambat
😃😃😃

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my