Nak Pikat Lelaki Idaman?

Sunday 8 January 2017

Ngeri hadapi mati tanpa persiapan

UMAT yang mampu mengikuti akhlak Nabi Muhammad SAW adalah mereka yang matlamat hidupnya kerana Allah SWT dan seterusnya untuk hari akhirat. Golongan berikutnya, yang banyak berzikir dan berselawat kepada Baginda SAW. 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)." (Surah al-Ahzab, ayat 21).

Kematian adalah alam awal kepada alam akhirat, betapa berat dan ngerinya kematian jika kita gagal membuat persiapan untuk menghadapinya. Imam Abu Lais al-Samarkandi meriwayatkan daripada Anas bin Malik, katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Siapa yang suka bertemu dengan Allah, Allah juga suka bertemu dengannya." 

Pertemuan itu menerusi kematian atau ketika mendirikan solat kerana ia pertemuan seorang hamba dengan Tuhannya seperti mana pertemuan Rasulullah SAW dengan Allah SWT di Sidratul Muntaha. Jika Rasulullah SAW dapat bertemu dengan Allah SWT, maka begitu juga umat Baginda iaitu di dalam solat. 

Orang yang suka bertemu dengan Allah SWT mempunyai cita-cita tertinggi iaitu ingin mati di jalan-Nya. Namun, siapa yang tidak suka bertemu Allah SWT, maka Allah SWT juga tidak suka bertemu dengannya. 

Mereka termasuk dalam kalangan manusia yang takutkan kematian dan cintakan dunia. Mukmin didatangi Malaikat dengan wajah bercahaya Seorang Mukmin yang berada dalam sakaratul maut akan mendapat khabar gembira bahawa dia diredai Allah SWT. 

Khabar itu tidak semestinya dalam bentuk ucapan tetapi kehadiran malaikat yang wajahnya bercahaya ibarat matahari, serba putih. Ketika itu orang Mukmin lebih menyukai disegerakan kematian daripada dilanjutkan usia apabila tiba ajalnya, dia meminta-minta supaya jasadnya segera disemadikan kerana dijanjikan Allah SWT kenikmatan di alam barzakh. Allah SWT akan menyambut orang Mukmin beriman dengan limpahan kurnia rahmatnya, sebaliknya orang kafir ketika melihat seksaan bakal diterimanya akan menemui kesukaran dan kesulitan ketika tiba ajalnya. 

Tiba malaikat di sisinya dalam keadaan serba hitam, muka bengis dan pada ketika itulah dia dijanjikan azab seksa menakutkan sambil berkata-kata: "Jangan, nanti dahulu, ke manakah aku akan dibawa pergi?" 

Dirinya meronta-ronta dan menjerit tetapi tidak pula didengari oleh sesiapa. Sufian al-Sauri menghuraikan hadis ini mengatakan bukan kesukaan mereka bertemu Allah SWT menyebabkan Allah SWT mengasihi mereka tetapi kesukaan mereka untuk bertemu Allah SWT kerana Allah SWT terlebih dahulu mengasihi mereka. 

Manusia tidak mempunyai apa-apa dan tidak mampu menyukai pertemuan dengan Allah SWT jika tidak dipilih oleh-Nya terlebih dahulu. Rasulullah SAW bersabda: "Jika Allah kasih kepada seseorang hamba, dia akan sibukkan dirinya dengan Allah." 

Sepanjang hidupnya akan disibukkan dengan mengerjakan ibadah, mencari ilmu, membaca al-Quran dan perkara lain yang dilakukan oleh orang soleh, bermula sejak awal pagi sehingga tibanya malam hatta ketika tidurnya. 

Orang beriman apabila menemui ajal tidak mahu dihidupkan semula kerana merasai sakitnya kematian dan telah mendapat nikmat seperti dijanjikan Allah SWT sementara orang kafir setelah ajalnya, meminta untuk dihidupkan kembali. 

Orang yang mati syahid, apabila tibanya ajal meminta terus hidup untuk kembali berjuang kerana tidak merasai sakitnya mati dan merasa nikmat mati di jalan Allah SWT. Imam Abu Lais al-Samarkandi berkata: "Siapa yang yakin akan mati maka seharusnya bersiap sedia menghadapinya dengan melakukan amal soleh."
.
----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover  �� @ Original Authentic Perfume
.
Whatsapp 0168474740
.
kbaiii
.
p/s: Anda Hanya Perlukan 21 Video Sulit Untuk Meledakkan Jualan!
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.
.
Terus Daftar SINI!
.
.
JOM MULAKAN BISNES ONLINE 7 ANGKA DALAM 7 BULAN! JOM Belajar secara FB LIVE!
.
.
Join Like Method Sekarang dan Dapatkan Bonus PERCUMA Bernilai Lebih Daripada RM2999.
.
.
Bertindak sebelum terlambat
😃😃😃

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my