Nak Pikat Lelaki Idaman?

Thursday 9 March 2017

Hentikan Peluh Berlebihan


PERPELUHAN adalah merupakan fenomena fisiologi biasa bagi kebanyakan orang di serata dunia, tambahan lagi bagi rakyat Malaysia memandangkan kita mendiami negara beriklim panas. Perpeluhan membantu mengawal suhu tubuh badan melalui pengurangan haba sekaligus menyejukkan tubuh melalui proses penyejatan. Kebanyakan orang berpeluh secara kerap setiap hari dan apabila perpeluhan tersebut menjangkaui paras biasa, ia masih dianggap normal. 

Ramai individu tidak menyedari bahawa perpeluhan secara berlebihan adalah satu situasi perubatan dan bukan lagi fisiologi. Keadaan ini dipanggil HIPERHIDROSIS yang boleh terjadi di mana-mana bahagian tubuh seperti muka, tapak tangan, ketiak, tapak kaki dan/atau badan. 

Hiperhidrosis terjadi apabila terdapat tindakbalas berlebihan di dalam saraf yang membekalkan kelenjar peluh ekrin. Pesakit yang mengalami peluh berlebihan akan berpeluh walaupun berada di dalam suhu yang sejuk atau dalam keadaan tenang tanpa tekanan; kebiasaannya ianya hilang ketika tidur. 

JENIS DAN PUNCA 
Hiperhidrosis terbahagi kepada 2 jenis utama: 
Hiperhidrosis 'Primary Focal' 
Hiperhidrosis 'Secondary' 

Hiperhidrosis 'Focal' cenderung terjadi pada muka, tapak tangan dan kaki, dan/atau badan dan tiada penyebab yang dapat dikenalpasti sebagai pencetusnya sementara Hiperhidrosis 'secondary' boleh terjadi dalam pelbagai keadaan, antaranya obesiti, penyakit endokrin seperti 'Diabetes', 'Hyperthyroidism', 'Hyperpituitarism', 'Acromegaly' dan beberapa jenis barah seperti 'limfoma', tumor 'carcinoid', 'pheochromocytomas', kehamilan, putus haid, keresahan dan banyak lagi. 


EPIDEMIOLOGI 
Sepertimana slogan "Now Everyone Can Sweat", hiperhidrosis tidak cenderung terhadap mana-mana bangsa atau jantina tetapi hiperhidrosis 'primary focal' selalunya bermula awal pada kanak-kanak atau apabila baligh.

KESAN KEPADA MASYARAKAT 
Bagi pesakit yang menderita hiperhidrosis, ia merupakan stigma sosial yang besar berikutan mereka tidak dapat berada di kalangan masyarakat dengan tenang. Kebanyakan pesakit yang mengalaminya menyembunyikan keadaan masing-masing dengan mengelakkan perjumpaan atau membiarkan tangan di dalam poket. 

Sesetengah dari mereka sanggup menangguhkan perkahwinan disebabkan hal hiperhidrosis sehingga berlakunya perbalahan antara dua keluarga. 

Disebabkan hiperhidrosis, ada juga yang mengalami bau badan yang teruk dan ini menambah kepada kesengsaraan mereka. Justeru itu, hiperhidrosis sememangnya KECACATAN SENYAP bagi golongan yang menghidapnya. 

Kebanyakan pesakit akan mengalami tekanan psikologi yang tinggi seperti kemurungan, kehilangan kawan dan dipinggirkan kerana hiperhidrosis. Malangnya, ramai pesakit yang tidak menyedari bahawa hiperhidrosis adalah keadaan perubatan yang boleh dirawat dan melalui nasihat perubatan, mereka juga boleh menjalani kehidupan biasa seperti individu lain.

Anda mungkin mengalami hiperhidrosis seandainya: 
  • Anda mengelakkan sentuhan fizikal seperti berjabat tangan, kerana malu mendedahkan perpeluhan anda. 
  • Anda tidak mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti seperti menari atau bersenam kerana risau ia akan memburukkan masalah perpeluhan anda. 
  • Peluh berlebihan menganggu tugas anda - contohnya anda sukar memegang peralatan atau menggunakan papan kekunci komputer. 
  • Anda mengalami masalah dengan aktiviti normal harian seperti memandu. 
  • Anda menghabiskan banyak masa menangani masalah perpeluhan anda - sebagai contoh, anda kerap mandi dan menukar pakaian. 
  • Anda sering menyepi dan mengasingkan diri kerana malu. 


RAWATAN HIPERHIDROSIS 

Terdapat pelbagai pilihan rawatan bagi menangani hiperhidrosis. 

1) Rawatan Tanpa Pembedahan 
Pada kebiasaannya, kebanyakan pesakit akan membeli produk anti-perpeluhan di kaunter bagi membantu melegakan masalah perubatan ini. Jenama yang menawarkan kekuatan klinikal yang mencukupi adalah seperti 'Secret', 'Gillette', 'Degree', 'Dove', 'Arrid', 'Sure', dan juga 'PerspireX', 'Certain-Dri' dan 'Hydrosal'

Perubatan oral, khasnya ubat-ubatan 'anticholinergics' seperti 'Atropine' boleh membantu dalam masalah ini, namun ia juga mempunyai kesan sampingan seperti kekeringan mata dan mulut, debaran jantung dan banyak lagi. Oleh itu, ia harus diguna berdasarkan nasihat perubatan dan bukan untuk tempoh jangka panjang. 

Ramai juga yang mencuba iontophoresis air paip di mana kaki dan tangan direndam di dalam air sambil disambung ke peranti yang akan mengalirkan arus bervoltan rendah untuk menyahaktifkan saluran sodium di kelenjar peluh dan sekaligus mengurangkan perpeluhan. Sesi tersebut perlu dilakukan berulangkali di dalam tempoh yang mengambil masa berbulan-bulan. 

Kaedah lain yang ada adalah seperti suntikan Botulinum Toxin A (Botox) ke dalam tapak tangan dan kaki dan ini juga perlu dilakukan berulangkali setiap 2 hingga 6 bulan dan ianya agak mahal. Pembedahan Laser atau 'Liposuction' pada bahagian ketiak juga telah dicuba oleh ramai penderita penyakit ini. 

2) Rawatan melalui pembedahan 
Rawatan pembedahan juga ada ditawarkan kepada pesakit yang menghidapi Hiperhidrosis 'Primary Focal' dan ia merupakan kaedah rawatan pilihan. Dalam perubatan moden hari ini, teknik invasif yang minimal telah muncul dan kaedah pembedahan seperti 'Video Assisted Thoracoscopic Sympathicotomies (VATS)' atau Pembedahan 'Needlescopic' (sesetengah pakar bedah menamakannya 'Endoscopic Thoracic Sympathectomy') adalah merupakan kaedah pembedahan popular bagi penyakit ini. 

Teknik ini lebih selamat dan mempunyai kadar komplikasi yang rendah. Dalam pembedahan rutin 'VATS Sympathicotomy' yang dilakukan sebagai pembedahan hari, pesakit akan memasuki dewan pembedahan pada waktu pagi. 

Prosedur ini dilakukan dalam situasi pembiusan umum dengan dua insisi 3-5mm dibuat di bahagian tepi dada dan endoskop kecil yang dilengkapi kamera dimasukkan bagi melihat 'thoracic sympathetic chain' yang menjadi punca hiperhidrosis. Bergantung kepada magnitud hiperhidrosis, sama ada 'Palmo-axillary-plantar' atau hiperhidrosis muka, keadaan 'sympathetic trunk' yang berkaitan akan diberi gambaran visual dan dibahagikan kepada tahap yang bersesuaian mengikut ruang masalah pesakit. 

Hampir kesemua pesakit boleh pulang pada hari yang sama dan mereka hanya mengalami ketidakselesaan yang sedikit beberapa hari selepas pembedahan. Walau ramai pesakit mengalami peningkatan perpeluhan yang sedikit pada bahagian tubuh badan yang lain, keadaan ini jarang memberi masalah dan 95-98% pesakit akan sembuh dari masalah perpeluhan berlebihan apabila tahap 'sympathetic trunk' yang bersesuaian dibahagikan. 

Kepuasan pesakit setakat ini memang amat memberangsangkan. Hiperhidrosis dihentikan sepenuhnya selepas pembedahan pada hari yang sama. Jadi, pesakit tidak lagi berpeluh secara berlebihan !!!

Artikel asal ditulis oleh Dr. George John, Perunding Am & Ahli Bedah Toraks, Prince Court Medical Centre.
.

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my