Nak Pikat Lelaki Idaman?

Monday 27 February 2017

"Buah pinggang saya sudah dicuri" - Pembantu Rumah

Pekerja asing haram diambil dari pelbagai wilayah di Indonesia menunggu pemergian mereka di dalam bilik kecil mereka di tempat perlindungan di Karanganyar, Jawa Tengah. - Foto JP/Ganug Adi Nugroho


MATARAM: Seorang pekerja dari Lombok Utara, di Nusa Tenggara mengesyaki beliau menjadi mangsa pemerdagangan organ ketika bekerja di Doha, Qatar. 

Sri Rabitah, 25, berkata beliau yang mula bekerja sebagai pembantu rumah di Doha pada 2014, turut mendakwa didera oleh majikan pertamanya. Katanya, beliau dibawa ke hospital selepas tiga hari bekerja dan tanpa diketahui puncanya terpaksa menjalani satu pembedahan. 

Sri Rabitah berkata, sebaik sahaja sedar daripada pembedahan pada keesokan harinya, beliau mendapati ada balutan pada bahagian perutnya. Beliau mendakwa majikannya tidak berkata apa-apa berhubung perkara itu, sebaliknya mengembalikannya ke agensi pekerjaan. 

Selepas itu, Sri diarah bekerja dengan majikan lain tetapi dihantar pulang ke Indonesia pada tahun yang sama kerana beliau sering jatuh sakit. Sri yang berasal dari Kampung Sesait kemudiannya mendapati salah satu daripada buah pinggangnya sudah dikeluarkan ketika menjalani pemeriksaan di hospital. 

Beliau kemudiannya mengunjungi pejabat Pegawai Daerah Lombok utara bagi mendapat bantuan. "Saya mahu kerajaan menyaman dalang perbuatan ini. Buah pinggang saya sudah dicuri," katanya. (The Jakarta Post)
.
.

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my