Nak Pikat Lelaki Idaman?

Tuesday 27 September 2016

Raja Ilya nafi ditaja buka kedai kopi


PELAKON, Raja Ilya.


SINTOK: Impian pelakon, Raja Ilya, untuk memiliki perniagaan kedai kopi terlaksana dengan pelancaran cawangan pertama Richiamo Coffee by Raja Ilya di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini hari ini. 

Beliau berkata, hajat untuk membuka perniagaan itu tercapai hasil usaha sama dengan dua rakan kongsinya yang berpengalaman dalam bidang perniagaan. "Penat lelah dan masa yang saya peruntukkan untuk memastikan segala perancangan pembukaan kedai ini berjaya akhirnya berbayar. 

Hari ini menjadi detik bermakna bagi saya dan saya akui sangat teruja," katanya. Dalam pada itu, Raja Ilya berkata, beliau tidak risau andai ada pihak mengaitkan kononnya beliau ditaja pihak kenamaan sehingga mampu membuka kedai kopi premium. 

Bagi pelakon yang terkenal dengan watak antagonis ini, tidak timbul isu berkenaan kerana seperti dimaklumkan, perniagaan itu hasil perkongsian dengan rakan niaga, bukannya oleh dirinya sendiri. 

"Kalau betul saya ditaja, baik saya buka di tengah-tengah ibu kota dan saya juga tidak memerlukan rakan kongsi," katanya sambil tertawa. Menurut Raja Ilya, beliau sendiri mengeluarkan modal mencecah ratusan ribu ringgit hasil titik peluhnya dalam bidang seni. 

"Saya menyimpan duit kerana saya memang memasang impian untuk membuka perniagaan dan sanggup korbankan perkara lain. Saya tidak bermewah membeli tas tangan berjenama, sebaliknya saya simpan wang dan syukurlah akhirnya impian termakbul," katanya. 

Kedai kopi yang diusahakannya juga menawarkan harga lebih rendah, iaitu tidak melebihi RM10, termasuk beberapa hidangan lain yang ditawarkan bersesuaian dengan pelanggan utamanya daripada kalangan penuntut. 

Premis sulung di UUM turut menawarkan ruang persembahan secara percuma bagi mereka yang ingin menunjukkan bakat dalam bidang nyanyian. Beliau yang sedang menjalani penggambaran filem KL Vampire berkata, sambutan yang diberikan sangat positif. 

"Kami turut menawarkan peluang pekerjaan separuh masa kepada penuntut UUM yang ingin mencari wang saku. Sehingga kini, Richiamo mempunyai 10 pekerja di kalangan penuntut," kata pelakon drama rantaian Cinta Masam Manis yang sedang ditayangkan menerusi TV3 itu.
.
.

----------////--------
Jgn lupa LIKE & SHARE ☺️
----------////--------
��#arabperfumelover �� @ Jom LIKE FB page kami.
.
.
Whatsapp 0168474740
Beli Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.
.
p/s: nk letupkan sales online anda? tak tau mcmana caranya? ok senang je..klik link di bawah utk cuba!
.
JOM LETUPKAN SALES ANDA DI SINI!
.

No comments:

Post a Comment

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my