Nak Pikat Lelaki Idaman?

Monday, 12 February 2018

'Bidan jadian' ancam nyawa

KUALA LUMPUR: Doula atau peneman kelahiran yang semakin menjadi pilihan bakal ibu di negara ini, dikatakan mampu memperoleh habuan lumayan sehingga RM2,000 daripada setiap pelanggan.
Malah, mereka yang dilapor menawarkan khidmat berkenaan yang dipercayai bertapak di negara ini sejak 10 tahun lalu, semakin agresif menawarkan perkhidmatan secara dalam talian dan menerusi pelbagai media sosial.
Ada mencipta ideologi tersendiri serta guna nama Islam, malah ada juga doula menakut-nakutkan wanita mengandung kononnya akan berdepan layanan buruk jika bersalin di hospital.
Pegawai perubatan yang mengkaji gerakan doula di Malaysia, Dr Mohd Syamirulah Rahim, berkata pada asasnya doula hanya anjur kursus mengenai proses kelahiran, namun kemudian ada menawarkan rawatan sehingga bersalin.
"Di negara kita, ada doula memberi tip mengarut semata-mata untuk menarik pelanggan. Mereka buka kelas dengan bayaran sehingga RM750, menggunakan modul diiktiraf sebuah badan doula asing.
"Peringkat awal kursus, wanita mengandung diajar asas sains, asas kelahiran, zikir serta aromaterapi, namun ia berubah pada sesi berikutnya jika ada pelanggan yang mudah dipengaruhi," katanya kepada BH.

Cipta ideologi sendiri
Dr Mohd Syamirulah yang juga pengasas Medical Mythbuster Malaysia, berkata ada doula menerapkan ideologi keterlaluan sehingga sanggup menolak kepakaran perubatan disediakan kerajaan.
"Doula di Malaysia adalah komuniti kecil, mereka mungkin bersaing untuk mendapatkan pelanggan. Mereka yang tidak bertanggungjawab akan mencipta ideologi sendiri, biasanya menggunakan nama Islam.
"Mereka mengajar perkara pelik yang biasanya bertentangan dengan prinsip perubatan moden untuk menarik pelanggan. Mereka melakukan segala-galanya, tetapi enggan bertanggungjawab jika ada komplikasi ketika proses kelahiran.

Kursus dalam talian
"Malah, ada doula menyediakan surat perjanjian untuk ditandatangani ibu mengandung," katanya sambil menambah, sesiapa sahaja boleh menjadi doula termasuk jururawat dan doktor.
Katanya, mereka hanya perlu mengikuti kursus dalam talian selama 21 jam tanpa ujian atau peperiksaan dengan bayaran AS$800 (RM3,149), disediakan oleh Amani Birth yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Langgar prinsip doula
"Apabila selesai kursus, mereka boleh buka kelas. Saya difahamkan, ada lebih 15 doula di Malaysia yang mendapat pengiktirafan Amani Birth, kebanyakannya mematuhi prinsip dan etika doula, hanya segelintir melanggar prinsip," katanya.
Seorang lagi pakar perubatan yang enggan dikenali berkata, satu gerakan ekstremis menolak kepakaran perubatan moden wujud di Malaysia sejak 2013 dan sudah menyebabkan kehilangan nyawa ketika proses kelahiran.
"Mereka tiada kepakaran asas rawatan atau perubatan untuk ibu mengandung, tidak seperti di AS dan United Kingdom yang ada badan khas mengiktiraf doula serta bekerjasama dengan pihak perubatan bagi memudahkan proses bersalin.
"Di Malaysia, sesetengah doula mencipta pelbagai dakyah untuk menarik pelanggan. Mereka promosi kelahiran natural birth dan kelahiran di rumah dengan mendakwa layanan teruk jururawat serta doktor jika di hospital," katanya.
Katanya, doula di Malaysia sebenarnya tiada pengetahuan perubatan dan hanya berpandukan pengalaman sendiri melahirkan anak, berbeza dengan doula di luar negara yang mengikuti kursus kejururawatan atau asas perubatan.
"Di negara kita, ada doula mungkin pernah mendapat layanan buruk di hospital ketika bersalin sehingga menjejaskan emosi mereka dan tidak mahu ia terjadi kepada wanita lain," katanya.
Beliau berkata, sesetengah doula menasihatkan wanita tidak mengambil rawatan atau ubat di hospital sepanjang tempoh mengandung, sebaliknya mengamalkan makanan sunnah sahaja.
"Malah mereka menasihatkan proses kelahiran dilakukan di rumah tanpa mengetahui bayi yang dikandung mungkin songsang. Begitu juga nasihat tidak memotong uri, sebaliknya meminta ia dibiarkan kering serta putus sendiri.
"Mereka tiada bank data seperti hospital atau klinik, tetapi mendakwa tahu segala-galanya. Akibatnya, ada bayi serta ibu menjadi korban," katanya.

Khidmat perlu pengawasan pakar
Penggunaan khidmat doula atau pembantu ketika bersalin, tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan yang terlatih, tegas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Zulkifli turut menjelaskan, melakukan sesuatu perbuatan yang membahaya atau mencalarkan kehormatan serta membabitkan harta atau jiwa umat Islam adalah tindakan kezaliman yang diharamkan Allah.
"Doula sebagaimana pengamalan di luar negara menggalakkan kelahiran bayi di hospital dengan dibantu oleh doktor, tetapi mereka (doula) tidak berperanan mengambil alih tugas bidan dan doktor terlatih.

Elak risiko kelahiran
"Ini kerana jika berlaku sebarang komplikasi seperti pendarahan selepas kelahiran, proses kelahiran yang memerlukan pembedahan, janin stres di dalam kandungan, tersangkut atau bayi songsang, ia memerlukan kemahiran tinggi oleh pakar.
"Jika tidak, ia mungkin boleh membawa kepada kematian ibu atau bayi atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi sesawang rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, semalam.
Zulkifli berkata, alasan tidak mahu bersalin di hospital kerana isu aurat tidak timbul dengan adanya seluar bersalin mesra aurat; hospital yang menawarkan khidmat bersalin dengan menutup aurat, di samping perlu difahami yang nyawa adalah jauh lebih penting maslahatnya, berbanding aurat dalam situasi berkenaan.
Menurutnya, meyakini dengan melahirkan anak di rumah, mencontohi Maryam AS adalah tidak benar kerana kejadian yang berlaku di zaman itu kehendak Allah untuk membuktikan kekuasaan-Nya.
"Apa yang diusahakan Kementerian Kesihatan jelas menunjukkan kejayaan dalam pengurangan kadar kematian ibu bersalin tahun demi tahun, begitu juga kadar kematian bayi.

Pergi ke tempat diiktiraf
"Bagi 2017, 12.5 kematian bayi dalam setiap 1,000 kelahiran, berbanding 12.9 pada 2016 dan 13.69 pada 2014.
"Pada masa sama, amat penting supaya penjagaan sejak mengandung dilakukan di tempat yang diiktiraf Kementerian Kesihatan, bukannya hanya melalui konsultasi doula semata-mata," katanya.
Kelmarin, media melaporkan Polis Johor sudah memulakan siasatan berhubung penularan berita kematian bayi yang baru dilahirkan yang disyaki mempunyai kaitan dengan amalan khidmat doula di rumah di Johor Bahru, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd mengesahkan pihaknya menerima laporan polis berhubung kejadian itu selain turut menerima laporan polis dibuat wanita yang dipercayai doula terbabit.


Beli Perfume Online sini http://arabperfumes.shoppy.my
.

Sunday, 4 February 2018

Jangan khurafatkan 'Super Blue Blood Moon' - Mufti

KUALA LUMPUR: Umat Islam digalakkan mendirikan solat sunat Khusuf secara berjemaah tepat pada waktu berlaku gerhana bulan malam ini sebagai tanda mensyukuri kekuasaan Allah SWT.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata mereka di Semenanjung boleh mendirikan solat sunat Khusuf ketika gerhana bulan penuh (Super Blue Blood Moon) untuk tempoh 4 jam 48 minit yang bermula pada jam 7.20 malam dan dijangka tamat pada 12.08 tengah malam.
Beliau berkata, bagi kawasan sekitar Labuan, Sabah dan Sarawak, waktu kelihatan gerhana bulan penuh lebih panjang iaitu selama 5 jam 28 minit bermula pada jam 6.50 petang dan tamat pada jam 12.08 tengah malam.
"Umat Islam disunatkan mendirikan solat sunat Khusuf dua rakaat dengan bacaan surah panjang ketika berlaku gerhana bulan penuh (bermula bayang-bayang penumbra), bukannya sebelum atau selepas tamat gerhana bulan penuh malam ini.
"Disunatkan selepas itu, dibacakan khutbah untuk memberi peringatan kepada jemaah mengenai fenomena yang menjadi tanda kekuasaan Allah SWT, pencipta sekalian alam.
"Orang ramai dilarang mengadakan perbuatan khurafat termasuk mengaitkan fenomena gerhana bulan penuh dengan perbuatan malang yang boleh memberi kesan kepada kematian dan kehidupan seseorang individu," katanya ketika dihubungi, di sini.
Beliau mengulas tiga fenomena ke atas bulan yang berlaku serentak iaitu 'Super Blue Blood Moon' atau 'Gerhana Supermoon' yang kali terakhir berlaku pada 31 Mac 1866, iaitu 152 tahun lalu.
Fenomena itu hanya dapat dilihat oleh 50 peratus penduduk dunia (yang mengalami waktu malam ketika kejadian supermoon berlaku) sahaja kerana penduduk di separuh lagi hemisfera bumi berada dalam waktu siang dan tidak boleh menyaksikan gerhana bulan penuh berwarna merah.
Selain Malaysia, negara lain yang bertuah menyaksikan fenomena luar biasa itu adalah Timur Eropah, Timur Afrika, Asia, Australia dan Amerika Utara. 
Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra bumi. 
Bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih mutiara kepada warna kemerahan dan kemudiannya kembali ke warna aslinya sepanjang tempoh lima jam.
Zulkifli berkata pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan untuk mengadakan solat sunat Khusuf berjemaah, pada jam 8.39 malam (selepas solat Isyak).
Katanya, beliau sendiri akan membacakan khutbah selepas solat sunat Khusuf, di Masjid Putra, Putrajaya.
"Orang ramai dijemput hadir untuk meraikan solat sunat berjemaah dan mensyukuri fenomena luar biasa ini. Mengikut hadis sahih riwayat Muslim, Nabi Muhammad SAW dan sahabat mendirikan solat sunat gerhana bulan dan matahari. 
"Justeru, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan menjayakan program di Planetarium Negara dan Masjid Putra. 
"Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan akan mengadakan cerapan gerhana di Pantai Kampung Tanjung Aru dan solat sunat Khusuf akan di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Labuan," katanya.
Ends - Berita Harian 31/01/2018
======================
Klik SINI Untuk Auto Whatsapp 0168474740
.
.
JOM BELAJAR BISNES ONLINE !!
.
P/S: Anda Hanya Perlukan 21 Video Sulit Untuk Meledakkan Jualan!
NAK BELAJAR GOOGLE ADWORDS ?
.
.
Join Like Method Sekarang dan Dapatkan Bonus PERCUMA Bernilai Lebih Daripada RM2999.
.
.
Terus Daftar Like Method SINI!
.
.
Affiliate Method Bersama Sifu Rahman Basri
.
.
Software TOYOL Pemburu Status Viral - Satu FENOMENA VIRAL TERKINI !
.
.
ROKETKAN JUALAN HINGGA RM5-6 ANGKA DI FACEBOOK DENGAN HANYA TEKNIK SIMPLE
.
.
Software Emel Broadcast
.
.
Program TURBO Viral PREMIUM Coaching
.
.
.
Belajar Branding Diri Dalam 3 HARI SAHAJA! - Telegram 
.
.
FB Maid - Software Dengan 13 Fungsi Untuk Automasikan FB Anda!
.
.
Emel Viral Software - Software Rahsia Membina Mailing List Anda
.
.
GRAKO Robot Insta ( Gramkosh ) - NAIKKAN FOLLOWER INSTAGRAM DAN LONJAKKAN JUALAN ANDA SECARA AUTOMASI DENGAN BANTUAN ROBOT !!
.
.
TERUS BELI SUMOGRAM DISINI
.
.
Bertindak sebelum terlambat
😃😃😃

Thursday, 21 December 2017

B-Jaga X360 Berwajah Baru!

B-JAGA X360 UBIJAGA!!

Bantu Kempiskan Perut Buncit & Tingkatkan Tenaga Batin Lelaki sehingga 5x ganda!

X360 UBIJAGA adalah produk pertama di Malaysia yang membolehkan anda dapat '2 dalam 1'... PERUT KEMPIS & KUAT TENAGA BATIN!

Kelebihan Ubijaga:
✔Menurunkan berat badan
✔Kempiskan perut
✔Kuatkan tenaga batin
✔Melancarkan pengedaran darah
✔Melawaskan pembuangan anda
✔Menjadikan badan cergas



Keterangan ringkas :

B-JAGA X360 UBIJAGA ni untuk orang yang SERIUS untuk kempiskan perut dan kembalikan tenaga batin lelaki. Dibuat khas untuk :

✔Mereka yang sukar kawal selera makan
✔Mereka yang tiada masa untuk bersenam
✔Mereka yang berumur 15 tahun ke atas 
✔Mereka yang ada masalah tenaga batin
✔Mereka yang tidak bermaya untuk kerja harian
✔Mereka yang perlukan TENAGA TAMBAHAN setiap hari!

B-JAGA X360 UBIJAGA dibuat khas untuk tingkatkan kembali metabolisme dalam badan sebab bahan 'Allium Sativum' dalam ubijaga akan MEMBAKAR LEMAK ANDA WALAUPUN ANDA SEDANG TIDUR!!





Kandungan DELIMA dan BAWANG PUTIH dalam ubijaga juga akan menghalang lemak daripada terbentuk apabila anda makan. Jadi bila anda makan banyak pun LEMAK SUKAR UNTUK TERBENTUK DALAM BADAN



Paling utama B-JAGA X360 UBIJAGA mengandungi UBIJAGA, CUKA KURMA, TONGKAT ALI, BUAH TIN & DELIMA yang memberi khasiat untuk memberi tenaga dan kekuatan dalaman seorang lelaki sejati!!!

Itu sahaja dah boleh "KURUS & KUAT!"



Cara minum B-JAGA X360 UBIJAGA.

Mudah sahaja. Minum 2 Kali sehari.

Hanya Minum 1 sudu selepas bangun tidur ketika perut masih kosong. Kemudian 1 sudu sebelum tidur. 

Sebotol X360 Ubijaga ada 250ml untuk kegunaan 30 hari.


"Cuba bayangkan bang, lepas minum je Ubijaga ni..."

"Perut abang dah tak boroi lagi macam dulu"

"Takdelah malu sangat kalau nak 'tight in'..."

"Lepas tu bini pon makin sayang bang..."

"Tak sayang apanya, kalau dah body ok, batin pon powerrr"

LAKI BINI Boleh MINUM SAMA-SAMA!
TAK ADA MASALAH! 
KITA BAGI SAMA-SAMA KURUS + POWER!!


"Amacam bang? Tak teringin ke jadi macam tu?"

"Try lah dulu... tak try tak tahu..."

"Kalau dah try, mesti nak selalu...hehe"


"Ok bang, sekarang HQ masih lagi bagi harga PROMOSI HARGA PENGENALAN... jadi memang murah lah.

Harga asal ialah RM160 sebotol (tahan untuk sebulan guna)... 
MEMANG BERBALOI!


Tapi tu harga biasa...


 HARGA PROMOSI SEKARANG cuma RM80 je sebotol bang!... 
JIMAT RM80 tuuu.!!

Nanti habis promosi harga mungkin naik kepada asal RM160.



Kalau abang nak lagi JIMAT! Boleh beli secara pakej.

Pakej 2 botol = RM140 (JIMAT RM30)
Pakej 3 botol = RM170 (JIMAT RM90)

BONUS: Kalau terus buat pembayaran harini sahaja untuk PAKEJ JIMAT, abang akan dapat BONUS ISTIMEWA!


BONUS: FREE EBOOK "RAHSIA 30 HARI HILANG 3-10 KG!" 
POWER BANGGG!!


Tapi TAWARAN BONUS ni untuk harini je tau. 

"Ramai yang ambik pakej 3 botol sebab lebih jimat, lagipun sekarang PROMOSI KAW-KAW, harga biasa RM160 sebotol, sekarang 3 botol RM170 je... Rugi woo kalau tak sapu..."

"Jadi macam mana, abang nak order sebotol dulu atau pakej jimat?

Klik Terus Whtsapp Kat Bawah Ni :


P/S: Postage Kena Tambah RM10/RM15 Ya :)

Wednesday, 4 October 2017

Elakkan "Pesta Iblis" Cemar Nilai Murni Rakyat Malaysia

NILAI liberal cenderung ke arah tidak mempedulikan nilai mulia berasaskan tradisi dan nilai keagamaan.
Dalam kehidupan pascamodenisme hari ini, kebebasan tanpa had menjadi kebanggaan pendukungnya. Mereka rasakan kehidupan ini harus bebas dari segala nilai tradisi dan keagamaan supaya keinginan mereka untuk melakukan apa yang dianggap sebagai larangan agama dan nilai moral tidak disekat. Bertitik tolak daripada keinginan nafsu mereka itulah maka golongan terbabit berusaha membudayakan amalan songsang yang bercanggah dengan nilai kesopanan dan hukum syariah.
Mereka anggap golongan yang masih berpegang kepada nilai agama dan nilai tradisi sebagai penghalang keinginan mereka.
Terbaru, golongan terbabit bercadang anjur pesta arak dikenali sebagai Better Beer Festival 2017 di Solaris Damansara, pada 6 dan 7 Oktober. Pujian dan sokongan penuh harus diberi kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana menolak permohonan penganjuran pesta arak itu.
Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz, pihaknya menolak permohonan penganjuran pesta arak itu kerana ia disifatkan program yang sensitif, sekali gus boleh menimbulkan kemarahan masyarakat.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga mengarahkan polis menghentikan pesta terbabit jika mereka tetap menganjurkannya.
Menurut Zahid, polis mempunyai kuasa untuk menanganinya, lebih-lebih lagi ia boleh membawa ancaman keselamatan seperti serangan kumpulan militan.‪ Beliau turut menegur kedegilan pihak penganjur yang dilaporkan mahu beralih lokasi selepas (DBKL) tidak meluluskan permohonan mereka. ‬
Kedegilan penganjur yang bercadang mahu terus mengadakan 'pesta iblis' itu menggambarkan mereka langsung tidak hormati suara majoriti rakyat Malaysia beragama Islam dan juga masyarakat bukan Islam yang masih berpegang teguh kepada nilai mulia dan ajaran agama.
Pesta mungkar ini memang wajar disekat kerana ia bertentangan sama sekali dengan nilai murni masyarakat Malaysia. Majoriti rakyat yang tidak bersetuju dengan niat penganjur pesta itu berhak membantahnya. 'Suara majoriti' tidak harus tunduk kepada 'suara minoriti' yang merosakkan masyarakat.
Guna lojik akal untuk kelirukan masyarakat
Malah, bukan sahaja pesta arak, semua bentuk pesta yang cuba membudayakan kehidupan songsang di negara ini seperti pesta gay dan lesbian harus ditentang dan tidak dibenarkan bertapak di negara ini. Sudah sewajarnya kerajaan kita yang mendukung dan melaksanakan indeks patuh syariah menolak dan tidak membenarkan pesta itu diadakan. Jika diizinkan, maka kerajaan sendiri sudah lari daripada kepatuhan pelaksanaan indeks syariah.
Memang golongan liberal gemar berhujah dengan logik akal semata-mata bertujuan mengeliru dan mempengaruhi golongan lemah jati dirinya. Untuk merasionalkan pesta arak ini, ada yang sanggup berhujah pihak menolak pesta arak ini adalah antihiburan.
Ini satu hujah yang amat dangkal yang tidak dapat membezakan pesta arak dengan hakikat hiburan yang sebenarnya. Kita tidak menolak hiburan seperti konsert nyanyian atau apa-apa bentuk hiburan tidak keterlaluan yang memberi kesan negatif kepada masyarakat. Apatah lagi jika hiburan itu disertakan dengan pesta arak, maka sudah tentu kita menolaknya.
Peranan ibu bapa penting
Dalam mencegah kemungkaran ini, peranan ibu-bapa sangat penting, iaitu dengan mengawasi anak remaja dan ahli keluarga mereka supaya tidak terjerumus dalam gejala minum arak. Kita sudah 'lesu dan lelah' berhadapan gejala penyalahgunaan dadah.
Justeru, apakah kita mahu menambah beban masalah lagi apabila tabiat minum arak membudaya dalam masyarakat kita? Pasti kita kecewa dengan mana-mana parti politik yang menyokong pesta arak terbabit.
Sudah tentu kita tidak boleh mengharap dan memberikan kepercayaan kepada parti yang menyokong dan memperjuangkan amalan bercanggah dengan nilai murni masyarakat kita.
Oleh Mohd Ayop Abd Razid
======================
Klik SINI Untuk Auto Whatsapp 0168474740
.
.
JOM BELAJAR BISNES ONLINE !!
.
P/S: Anda Hanya Perlukan 21 Video Sulit Untuk Meledakkan Jualan!
NAK BELAJAR GOOGLE ADWORDS ?
.
.
Join Like Method Sekarang dan Dapatkan Bonus PERCUMA Bernilai Lebih Daripada RM2999.
.
.
Terus Daftar Like Method SINI!
.
.
Affiliate Method Bersama Sifu Rahman Basri
.
.
Software TOYOL Pemburu Status Viral - Satu FENOMENA VIRAL TERKINI !
.
.
ROKETKAN JUALAN HINGGA RM5-6 ANGKA DI FACEBOOK DENGAN HANYA TEKNIK SIMPLE
.
.
Software Emel Broadcast
.
.
Program TURBO Viral PREMIUM Coaching
.
.
JOM Roket Like Dengan Program Mentee Viral
.
.
Belajar Branding Diri Dalam 3 HARI SAHAJA! - Telegram 
.
.
FB Maid - Software Dengan 13 Fungsi Untuk Automasikan FB Anda! 
.
.
Emel Viral Software - Software Rahsia Membina Mailing List Anda
.
.
GRAKO Robot Insta ( Gramkosh ) - NAIKKAN FOLLOWER INSTAGRAM DAN LONJAKKAN JUALAN ANDA SECARA AUTOMASI DENGAN BANTUAN ROBOT !!
.
.
TERUS BELI SUMOGRAM DISINI
.
.
Bertindak sebelum terlambat
😃😃😃

@arabperfumez Info :

@arabperfumez is an online store which is selling 100% AUTHENTIC miniature, tester and full size perfume, giftset and also wholesale vials. . @arabpefumez have been founded and established since 2015. Since then, the company have been growing everyday. We strive to be one of the top and best online perfume store out there. .

KEEP CALM AND SMELL GOOD!! http://arabperfumes.shoppy.my